Small Office Home Office
(SOHO) atau dalam bahasa Melayunya Pejabat Di Rumah (ni istilah saya) adalah melakukan kerja
atau perniagaan hanya di rumah. Bermaksud, rumah dijadikan sebagai pusat utama untuk menguruskan perniagaan. Apa yang akan
saya bincangkan di sini adalah bisnes dan bukan telekerja iaitu bekerja dengan orang lain
dari rumah.
Pihak
kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
juga sudah mula sedar akan peluang dan kelebihan SOHO ini yang amat sesuai untuk para kaum ibu dan kepada sesiapa sahaja yang
berminat. Sebab itulah, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melakukan banyak
aktiviti dan program untuk memastikan konsep SOHO ini sedikit demi sedikit akan diambil peluang oleh kaum ibu atau suri rumah
yang ingin mendapatkan pendapatan, di samping menjalankan tanggungjawabnya di rumah.
Selain itu, di dalam rancangan
Malaysia ke-9 pun, ‘isu’ SOHO ini juga ada disentuh secara umum dan diambil perhatian oleh pihak
kerajaan. Malah, SOHO ini juga dibahaskan di dewan rakyat dan mendapat reaksi positif kebanyakan pihak.
SAHUTLAH SERUAN KERAJAAN UTK JADIKAN SOHO SEBAGAI
KERJAYA YG MENDATANGKAN HASIL
Syarat penyertaan sila klik di sini